Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

TINJAUAN RAPTAI MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

14 January 2026

TINJAUAN RAPTAI MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kiarong, Rabu, 24 Rejab 1447 bersamaan 14 Januari 2026–Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam esok, Khamis (Malam Jumaat), 26 Rejab 1447 bersamaan 15 Januari 2026 bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.

Bagi memastikan kelancaran Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tersebut, pagi tadi telah diadakan Raptai bagi Majlis berkenaan.

Hadir bagi membuat tinjauan pada raptai pagi tadi ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas ini turut diadakan secara serentak di masjid-masjid utama di 3 daerah yang lain iaitu bagi Daerah Belait, di Masjid Mohammad Jamalul Alam, manakala bagi Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Marilah kita menunaikan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon kehadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala supaya mengurniakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kesembuhan yang segera, kesihatan dan keafiatan yang sempurna lagi berpanjangan.

Seterusnya kita semua mendoakan agar Negara Brunei Darussalam terhindar daripada bala bencana dan dikurniakan dengan kemakmuran dan kesejahteraan.

​