Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

DAYANG EZZA HARZIRENA ANAK ENARATI MEMILIH ISLAM  SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

02 January 2026

DAYANG EZZA HARZIRENA ANAK ENARATI MEMILIH ISLAM SEBAGAI PEGANGAN HIDUP

Tutong, Jumaat, 12 Rejab 1447 bersamaan 02 Januari 2026-Seorang wanita berbangsa Dayak, Dayang Ezza Harzirena Anak Enarati berumur 17 tahun telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman yang diadakan pagi tadi bertempat di kediamannya di Kampung Layong, Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Ukong.  Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Surah Al-Fatihah.  Diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Ezza Harzirena Anak Enarati yang memilih nama Islam Dayang Nur Ezza Harzirena binti Enarati.

Diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da'wah Islamiah kepada saudara baharu yang diraikan.  Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Setiap Muallaf yang baru memeluk agama Islam akan diberi bimbingan melalui kursus-kursus dikendalikan oleh Pusat Da'wah Islamiah termasuk Kursus Bimbingan Pengenalan selama 10 hari, Kursus Skim Bimbingan Asas selama 14 hari, serta Kursus Bimbingan Lanjut 1 dan 2.  Ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan asas ugama Islam dan melahirkan Muallaf yang berilmu, beriman dan beramal.

Mengikut statistik, seramai 274 orang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam dari 1 Januari hingga 29 Disember 2025, dengan 70 orang daripadanya dari Daerah Tutong.  Manakala pada tahun baharu 2026, seramai 3 orang telah memeluk agama Islam di Daerah Tutong.​