Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN SEPASANG SUAMI ISTERI PUAK DUSUN (AWANG ZAMAN BIN YALA DAN DAYANG NIAT BINTI INGGONG)

01 January 2026

MAJLIS PENGISLAMAN SEPASANG SUAMI ISTERI PUAK DUSUN (AWANG ZAMAN BIN YALA DAN DAYANG NIAT BINTI INGGONG)

Tutong, Khamis, 11 Rejab 1447 bersamaan 01 Januari 2026-Sepasang suami isteri daripada Puak Dusun, Awang Zaman bin Yala, berumur 83 tahun dan isterinya Dayang Niat binti Inggong, 78 tahun telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman yang diadakan pada pagi tadi di kediaman mereka di Kampung Long Mayan, Daerah Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Ukong.

Turut Hadir, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah dan Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah.  Disusuli dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Awang Zaman bin Yala yang memilih nama Islam sebagai Awang Muhammad Zaman bin Abdullah Yala, dan diikuti oleh isteri beliau Dayang Niat binti Inggong yang memilih nama Islam Dayang Nur Alniyyah Husna binti Abdullah Inggong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Da'wah Islamiah kepada saudara baharu yang diraikan.  Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban serta menabur bunga rampai dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Setiap Muallaf yang baharu memeluk agama Islam diberi bimbingan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pusat Da'wah Islamiah iaitu Kursus Bimbingan Pengenalan selama 10 hari, Kursus Skim Bimbingan Asas selama 14 hari dan seterusnya Kursus Bimbingan Lanjut 1 dan 2.  Pelaksanaan kursus-kursus tersebut bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan asas ugama Islam dan melahirkan Muallaf yang berilmu, beriman dan beramal.

Mengikut statistik, jumlah keramaian orang yang memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam bermula pada 1 Januari 2025 hingga 29 Disember 2025 ialah seramai 274 orang.  Daripada jumlah tersebut, 70 orang adalah dari Daerah Tutong.​