Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA  DYG. MARLYN VALERIO AGUILAR

20 December 2025

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG PEREMPUAN BANGSA FILIPINA DYG. MARLYN VALERIO AGUILAR

Perpindahan Lambak Kanan, Sabtu, 29 Jamadilakhir 1447 bersamaan 20 Disember 2025-Sejak awal Januari hingga 17 Disember 2025, seramai 253 orang telah memeluk agama Islam di seluruh Negara.  Daripada jumlah tersebut, Daerah Brunei dan Muara mencatatkan seramai 133 orang yang telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka. 

Seorang wanita berbangsa Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup dan melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada Majlis Pengislaman yang diadakan di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.  

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Dimuliakan Pehin Bendahari Haji Awang Abu Bakar bin Pehin Orang Kaya Udana Lela Dato Paduka Haji Awang Umar.  Turut hadir, Yang Mulia Awang Isham bin Ismail, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.   

Majlis Pengislaman dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Dayang Marlyn Valerio Aguilar, 55 tahun di hadapan pegawai Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah. Beliau memilih nama Islamnya sebagai Saira Hasna binti Abdullah.  Diteruskan dengan penyampaian cenderahati yang diiringi dengan Dikir Marhaban. Majilis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Penganjuran Majlis Pengislaman ini antara lain mencerminkan usaha berterusan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam membimbing dan memberi sokongan kepada saudara baharu agar dapat memahami, menghayati serta mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian, sekali gus  memperkukuh nilai persaudaraan dan keharmonian dalam masyarakat.​