Bandar Seri Begawan, Khamis, 13 Jamadilakhir 1446H bersamaan 04 Disember 2025M
Peserta Negara, Yang Mulia Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi, telah berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam bagi menyertai Musabaqah 32nd World Competition of the Noble Quran di Kaherah, Republik Arab Mesir yang diadakan pada 06 Disember 2025 hingga 10 Disember 2025.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Datin Hajah Umiyati binti Haji Mohammad Noor, Pemangku Ketua Bahagian Kemajuan Syi’ar Islam dan Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Turut mengiringi peserta Negara, Yang Mulia Awang Mohammad Shah Abdul Afandi bin Muhammad Sahari, Pegawai Pelajaran, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah selaku Pengurus rombongan merangkap Jurulatih.
Yang Mulia Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi akan menyertai Musabaqah Menghafaz 30 Juz Al-Qur’an bagi yang tidak berbahasa Arab. Beliau merupakan pelajar tahun 3 Diploma Tertinggi ‘Aliah Qira’at, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan juga lulus ujian Tasmi’ 30 Juz Al-Quran.