Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2026

26 November 2025

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN KALI PERTAMA TAHUN 2026

​Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Kali Pertama Tahun 2026 yang dijadualkan bermula pada pertengahan bulan Januari 2026.  Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran ini dibukakan kepada Warganegara serta Penduduk Tetap sahaja.

Permohonan boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan yang disediakan di media sosial rasmi Urus Setia berikut:

Facebook   -   Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran.
Facebook   -   Urus Setia Ujian Tasmie' Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.
Instagram   -   PPPQ MABIMS (official).
Permohonan Ujian Tasmie' dibuka mulai hari Ahad, 25 Jamadilawal 1447 bersamaan 16 November 2025.

Tarikh tutup permohonan serta penghantaran borang ialah pada hari Rabu, 05 Jamadilakhir 1447 bersamaan 26 November 2025.

Untuk sebarang keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.​