Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA  SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1447 HIJRAH

18 September 2025

MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1447 HIJRAH

Bagi sama-sama mengagungkan kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam serta menyuburkan kecintaan terhadap Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam melalui penghayatan sunnah dan akhlak Baginda di samping memupuk ukhuwah Islamiah dan semangat kebersamaan dalam kalangan kaum wanita, Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1447 Hijrah akan diadakan pada hari Khamis, 25 Rabiulawal 1447 Hijrah bersamaan 18 September 2025 Masihi bertempat di Royal Berkshire Hall, Jerudong, mulai pukul 9.00 pagi.

Antara pengisian majlis ialah persembahan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an, Dikir Marhaban, Ceramah Khas dan persembahan Selawat.

Tema bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1447 Hijrah ialah 'Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'.

Majlis pada tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam, semoga kita semua dikurniakan keberkatan dan keredhaan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.