Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR-PELAJAR SANAH 6 SEKOLAH ARAB BELAIT TAHUN 1447H / 2025M

15 September 2025

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PELAJAR-PELAJAR SANAH 6 SEKOLAH ARAB BELAIT TAHUN 1447H / 2025M

Belait, Isnin, 22 Rabiulawal 1447 bersamaan 15 September 2025–Dalam usaha membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak mulia, berjaya serta berpegang teguh kepada ajaran Islam melalui penghayatan Al-Quran, Sekolah Arab Belait pagi tadi mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau sekolah berkenaan.

Majlis tersebut diadakan untuk meraikan seramai 27 orang pelajar Sanah 6 Sekolah Arab Belait terdiri daripada 16 pelajar lelaki dan 11 pelajar perempuan yang telah berjaya menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran masing-masing.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Awang Haji Mohamad Shah bin Haji Taib, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Belait, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta Khatam. Disusuli dengan bacaan Takhtim.  Manakala Doa Khatam dibacakan oleh Awangku Muhammad Shahrul Hariz Ar-Rayyan bin Pengiran Shahfree.

Acara diserikan lagi dengan persembahan Dikir dan seterusnya penyampaian sijil kepada para peserta Khatam. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Mulia Awang Zuhairin bin Abd. Rahman.

Majlis Khatam Al-Quran ini turut menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memperkukuh pendidikan Islam di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan para ibu bapa pelajar yang diraikan. 

Selain itu, majlis ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran serta mengamalkan pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran dalam kehidupan seharian. Ianya juga mencerminkan usaha berterusan Jabatan Pengajian Islam dalam memperkukuh syiar Islam di negara ini.