Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH TAHUN 1447H/2025M

19 October 2025

KURSUS ASAS HAJI DAN UMRAH TAHUN 1447H/2025M

Bagi menyebarluaskan lagi ilmu manasik Haji dan Umrah di samping mempersiapkan bakal jemaah Haji dari segi fizikal, mental dan spiritual, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji akan menganjurkan Kursus Asas Haji dan Umrah Tahun 1447H/2025M. 
Kursus ini akan merangkumi enam (6) sesi yang diadakan pada setiap hari Ahad bermula pada 21 Rabiulawal 1447 bersamaan 14 September 2025 dan berakhir pada 27 Rabiulakhir 1447 bersamaan 19 Oktober 2025.  Setiap sesi akan berjalan selama dua (2) jam, bermula dari pukul 8:00 hingga 10:00 pagi dan dikendalikan secara serentak di tujuh (7) buah masjid terpilih seluruh negara.
Tarikh-tarikh bagi Kursus Asas Haji dan Umrah tersebut adalah seperti berikut:

SESIHARITARIKH HIJRAHTARIKH MASIHIMASA
1Ahad21 Rabiulawal 144714 September 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi
2Ahad28 Rabiulawal 144721 September 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi
3Ahad6 Rabiulakhir 144728 September 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi
4Ahad13 Rabiulakhir 14475 Oktober 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi
5Ahad20 Rabiulakhir 144712 Oktober 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi
6Ahad27 Rabiulakhir 144719 Oktober 20258.00 pagi hingga 10.00 pagi

​Tempat Kursus:
Daerah Brunei dan Muara:-
•Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop
•Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong
•Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri dan
•Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba
Daerah Belait ialah:-
•Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait
Daerah Tutong:-
•Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong
Daerah Temburong
•Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar
Sehubungan dengan itu, bakal-bakal jemaah Haji yang akan menunaikan Fardhu Haji bagi Musim Haji Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi, dan bakal-bakal jemaah Haji yang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan Fardhu Haji, serta orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu asas Ibadat Haji dan Umrah, dan yang berhasrat untuk mengerjakan Umrah adalah dijemput untuk menghadiri Kursus Asas Haji dan Umrah Tahun 1447H/2025M pada tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan di atas.