Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM REHLAH ILMIAH RASULULLAH TELADAN KELUARGA SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH

12 September 2025

PROGRAM REHLAH ILMIAH RASULULLAH TELADAN KELUARGA SAKINAH, MAWADDAH, WARAHMAH

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 19 Rabiulawal 1447 bersamaan 12 September 2025–Bagi mempergiatkan lagi acara dan kegiatan bercorak keagamaan, Program Keagamaan Belia di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi menganjurkan Program Rehlah Ilmiah yang bertemakan Rasulullah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah bertempat di Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir ialah Yang Mulia  wang Haji Amir Hisham bin Haji Masri, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid; Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah selaku Pengerusi bersama Majlis; Pengarah-Pengarah, Penolong-Penolong Pengarah, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Pusat Da'wah Islamiah; Ahli Jawatankuasa Takmir serta Muslimah Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer serta jemaah masjid berkenaan.

Program ini antara lain bertujuan mendekatkan belia dengan kegiatan keagamaan serta menggalakkan aktiviti sihat agar mereka tidak terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah dan jenayah. Program ini juga berperanan untuk menanamkan jati diri melalui kecergasan fizikal dan mental, di samping memupuk rasa kasih sayang, semangat kerjasama dan perpaduan sekali gus mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan peserta.

Atur cara program dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Kahfi beramai-ramai dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Mu'iz bin Haji Jahair, Pegawai Da'ie (SkiPPA), Urus Setia Program Keugamaan Belia, Pusat Da'wah Islamiah. Seterusnya Tazkirah bertajuk Rasulullah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong. Program turut diserikan dengan bengkel Tahsin Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh para Belia Da'ie.

Penganjuran Program Rehlah Ilmiah ini adalah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer.


​Foto: JHEM