Bandar Seri Begawan, Selasa, 12 Muharram 1447 bersamaan 08 Julai 2025–Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam menerima lawatan daripada Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun, Presiden Malaysian Tourism Agency Association (MATA) dan Presiden ASEAN Federation of Umrah and Haj (AFUH).
Yang Berbahagia Dato' Seri Dr. Mohd Khalid Harun dan rombongan mengadakan lawatan ke Kementerian Hal Ehwal Ugama bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua institusi dalam memajukan pelancongan Islam serta mempertingkatkan kemudahan Haji dan Umrah di rantau ASEAN.
Sehubungan dengan itu, bagi meraikan kunjungan daripada Presiden Malaysian Tourism Agency Association (MATA) dan Presiden ASEAN Federation of Umrah and Haj (AFUH) dan rombongan, majlis makan tengah hari telah diadakan bertempat di Tarindak D'Seni, Bandar Seri Begawan.
Hadir sama di acara tersebut, Yang Mulia Awang Haji Abdullah bin Haji Mohammad, Pengarah Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Dayang Salinah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Pengarah Kemajaun Pelancongan, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS serta pegawai-pegawai kanan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.





Foto: SkiPPA BPAAM