Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN TIDAK BERJADUAL  KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN  YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

08 July 2025

LAWATAN TIDAK BERJADUAL KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Berakas, Selasa, 12 Muharram 1447 bersamaan 08 Julai 2025–Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat mengadakan lawatan tidak berjadual ke Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis pagi tadi.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II;  Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan;  Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri  (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Baginda memulakan lawatan tidak berjadual dengan keberangkatan ke Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seterusnya berkenan mengurniakan Titah.

Kementerian Hal Ehwal Ugama berperanan sebagai peneraju perkhidmatan ugama dan bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam termasuk Urusan Zakat, Wakaf dan Baitul Mal serta melahirkan para Da'ie yang diiktiraf oleh Majlis Ugama Islam Brunei. Visi Kementerian Hal Ehwal Ugama ialah “Memperkasa perkhidmatan ugama yang berkualiti dan berinovatif". Manakala, Misi Kementerian Hal Ehwal Ugama Mengetarakan urus tadbir perkhidmatan ugama secara berkesan dan berinovasi bagi pembangunan dan kesejahteraan Negara.

 

​Foto: PDI, BPAAM dan SkiPPA BPAAM​