Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

KURSUS TATACARA PERSURATAN RASMI (IN-HOUSE TRAINING)  BAGI PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

08 July 2025

KURSUS TATACARA PERSURATAN RASMI (IN-HOUSE TRAINING) BAGI PEGAWAI-PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Berakas, Selasa, 12 Muharram 1447 bersamaan 08 Julai 2025–Bagi menambah kefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam penyediaan dokumen rasmi seperti surat rasmi, memorandum, e-mel, dan minit mesyuarat,  Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dengan kerjasama Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN), Jabatan Perdana Menteri, dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang mengendalikan Kursus Tatacara Persuratan Rasmi secara dalaman (in-house training) bagi seramai 28 peserta kalangan warga kerja di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama bertempat di Dewan Melor, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Kursus yang dilaksanakan selama empat hari mulai 07 hingga 10 Julai 2025 ini memfokuskan kepada pemahaman mendalam mengenai format persuratan rasmi Perkhidmatan Awam termasuk penggunaan Terasul yang bersesuaian serta penerapan tatabahasa yang tepat dan sistematik.  Penekanan turut diberikan kepada penghasilan persuratan yang berkualiti selaras dengan etika dan standard yang profesional.

Fasilitator-fasilitator yang dijemput bagi memudahcara kursus ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Hasrini bin Haji Abu Bakar, Penolong Pegawai Latihan, Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Md. Khairul Nazwan bin Haji Karim, Pegawai Penyelidik, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Perdana Menteri;  dan Yang Mulia Awang Raieham bin Mohd. Salleh, Pegawai Bahasa, Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Dengan penganjuran kursus seumpamanya, diharap para peserta dapat melaksanakan tugas harian mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran mendalam serta keyakinan tinggi dan seterusnya menghasilkan persuratan rasmi dengan tepat, teratur dan betul serta berkualiti.

 

​Foto: BPAAM​