Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KEDUA TAHUN 2025

12 June 2025

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI KEDUA TAHUN 2025

Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama selaku Urus Setia Lembaga Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quan Negara Brunei Darussalam Kali Kedua Tahun 2025, bermula pada penghujung bulan Julai 2025 yang dibukakan kepada Warganegara dan Penduduk Tetap sahaja yang mana akan dibukakan Permohonannya mulai hari Isnin, 05 Zulhijjah 1446 bersamaan 02 Jun 2025.

Permohonan dan Penghantaran Borang Permohonan Ujian Tasmie' Menghafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam Kali Kedua Tahun 2025 boleh dihadapkan secara dalam talian melalui pautan di Media Sosial Urus Setia berikut:

  • FB - Ujian Tasmie Menghafaz Al-Quran.
  • FB - Urus Setia Ujian Tasmie' Hafaz Al-Quran Negara Brunei Darussalam.
  • IG - PPPQ MABIMS (official).

Tarikh Tutup Permohonan dan Penghantaran Borang adalah pada hari Khamis, 15 Zulhijjah 1446 bersamaan 12 Jun 2025.

Bagi sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2237512.​