Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROGRAM PENCINTA AL-QUR’AN SEMPENA MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

25 April 2025

PROGRAM PENCINTA AL-QUR’AN SEMPENA MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Tutong, Jumaat, 26 Syawal 1446 bersamaan 25 April 2025–Bagi menyuntik semangat kaum keluarga di negara ini untuk melazimkan diri bersama-sama membaca dan mencintai Al-Qur'an dengan berterusan dan sebagai contoh kepada masyarakat di negara ini, pagi tadi diadakan Program Pencinta Al-Qur'an Sempena Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi bertempat di Ma'had Islam Brunei, Daerah Tutong.

Program tersebut diungkayahkan antara lain juga adalah untuk melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas pencinta Al-Qur'an di samping untuk mengembangkan syi'ar dan da'wah Islam di negara ini.

Program Pencinta Al-Qur'an diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an oleh Qari Jemputan dari Malaysia bersama keluarga iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Azraie bin Dato' Haji Abdul Hak, Penerima Anugerah Ikon Keluarga Al-Qur'an Keedsflix Tahun 2023 dan Johan Qari Pertandingan Tilawah dan Menghafaz Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa di Kuwait Tahun 2018.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi dan Datin.  Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin.

Hadir sama, Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama serta ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Terdahulu program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Yang Mulia Awang Mohammad Adilah bin Suimi, Pegawai Hal Ehwal Masjid (SkiPPA), Masjid Kampung Danau, Daerah Tutong.   Diikuti dengan Bual Bicara bersama Qari Jemputan dari Malaysia, Yang Mulia Ustaz Haji Azraie bin Dato' Haji Abdul Hak berserta keluarga.

Persembahan Qari Jemputan berserta keluarga dihasrat akan menyuntik semangat orang ramai khususnya para hadirin program berkenaan dan menjadi tauladan bagi mengasuh serta mendidik ahli-ahli keluarga terutama anak-anak agar sentiasa mencintai dan berdamping dengan Al-Qu'ran.

 

Foto: SkiPPA BPAAM