بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Berakas, Khamis, 26 Syawal 1446 bersamaan 24 April 2025–Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi sempurna dilaksanakan selama tiga (3) malam berturut-turut iaitu 24, 25 dan 26 Syawal 1446 bersamaan 22, 23 dan 24 April 2025 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Permakluman Keputusan Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi telah diumumkan pada Hari Ketiga Musabaqah oleh oleh Pengerusi Jemaah Hakim di Majlis Musabaqah, Yang Mulia Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sehubungan itu, seramai 16 orang Hakim yang dilantik bagi Musabaqah tersebut telah menerima sijil masing-masing di Majlis Penyampaian Sijil Kepada Hakim-Hakim Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi pada malam tadi bertempat di Dewan Muzakarah, Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Turut hadir, Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama serta ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.






Foto: SkiPAA BPAAM