Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LAWATAN ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

24 April 2025

LAWATAN ROMBONGAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Khamis, 25 Syawal 1446 bersamaan 24 April 2025–Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah pagi tadi menerima lawatan daripada rombongan seramai 22 orang dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Dr Haji Nooh bin Gadot selaku Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.   

Lawatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan yang sedia ada antara kedua-dua belah pihak serta menyokong usaha-usaha dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam, khususnya dalam bidang tahfiz Al-Quran dan akademik di samping meninjau struktur pengurusan dan kurikulum pengajian serta pencapaian Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.   Ianya juga dihasrat untuk memperoleh manfaat bersama dalam pembangunan pendidikan Islam yang lebih dinamik dan holistik.

Yang Berhormat Dato' Dr Haji Nooh bin Gadot serta rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof, Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.  Diikuti dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Rombongan berpeluang melawat ke beberapa kemudahan utama seperti bilik-bilik pengajian peringkat Menengah dan Diploma, bilik Braille, perpustakaan, musolla dan dewan kuliah.  Kedua-dua pihak seterusnya mengadakan perbincangan di sesi pertemuan tersebut termasuk mengenai pengukuhan kurikulum tahfiz, penambahan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta penubuhan program-program sokongan untuk memudahkan perkembangan para pelajar dan pengajar.

Sementara pihak Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah juga mengongsikan beberapa kejayaan dalam melahirkan hafiz-hafiz yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga menjadi memiliki akhlak baik sebagai teladan dalam masyarakat melalui penguasaan Al-Quran.

Atur cara diakhiri dengan penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan dan semangat kerjasama yang erat antara Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.