Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI BERSAMA MUALLAF DAN NON-MUSLIM DAERAH BELAIT BAGI TAHUN 1446H / 2025M

20 April 2025

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI BERSAMA MUALLAF DAN NON-MUSLIM DAERAH BELAIT BAGI TAHUN 1446H / 2025M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Kuala Belait, Ahad, 21 Syawal 1446 bersamaan 20 April 2025–Hari Raya Aidil Fitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. Dalam usaha mengeratkan lagi ukhuwah dan menyemarakkan syiar Islam, Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Pengembangan Da'wah (Da'wah Khas) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama penduduk Rumah Panjang Kukub serta kampung-kampung sekitarnya yang terdiri daripada Muallaf dan Non-Muslim.

Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup, Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Da'wah selaku ketua rombongan.

Turut hadir, Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Pemangku Ketua Mukim Sukang memata-matai Mukim Melilas dan Ketua Kampung Bukit Sawat.

Penganjuran majlis bertujuan untuk menyemarakkan kemeriahan Aidil Fitri bersama Muallaf serta memperkenalkan keindahan dan nilai-nilai murni perayaan Islam kepada masyarakat bukan Islam.  Ia juga menjadi platform untuk mengukuhkan lagi tali silaturahim antara penduduk Kampung Kukub dan kawasan sekitarnya sama ada yang beragama Islam, Muallaf mahupun bukan Islam dengan para pegawai dan kakitangan Pusat Da'wah Islamiah.

Majlis ini menyaksikan kehadiran seramai 100 orang tetamu.  Selain sesi ramah mesra bersama penduduk, turut diadakan acara penyampaian hamper dan saguhati kepada para Muallaf dan Non-Muslim dari kawasan sekitar kampung.


Foto: PDI​