Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

LATIHAN PENUH (RAPTAI) MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

19 April 2025

LATIHAN PENUH (RAPTAI) MUSABAQAH MEMBACA AL-QUR’AN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT AKHIR KEBANGSAAN TAHUN 1446 HIJRAH / 2025 MASIHI

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Sabtu, 20 Syawal 1446 bersamaan 19 April 2025–Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi akan diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula Hari Selasa malam Rabu, Rabu malam Khamis, dan Khamis malam Jumaat, 24, 25 dan 26 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 22, 23 dan 24 April 2025 Masihi bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula pukul 7.15 malam dengan tema “Akal Sihat Dengan Al-Qur'an".

Bagi melancarkan dan memantapkan perjalanan majlis Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi pagi tadi diadakan latihan penuh (rehearsal) bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Hadir sama bagi menyaksikan latihan pagi tadi ialah Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi;  Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan;  Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan ; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Mohammed Alexirwan bin Haji Omar, Pengarah Urusan, Brunei Shell Marketing Company Sendirian Berhad.

Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian-Kementerian berkenaan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja yang lain.

Peserta-peserta Qari yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi ialah:

  • Yang Mulia Awang Haji Hazwan bin Haji Salim
  • Yang Mulia Pengiran Muhd Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki
  • Yang Mulia Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri
  • Yang Mulia Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili
  • Yang Mulia Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid
  • Yang Mulia Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya Manakala, peserta-peserta Qariah yang akan bertanding di Musabaqah Membaca Al-Qur'an Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi ialah:
  • Yang Mulia Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri
  • Yang Mulia Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki
  • Yang Mulia Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat
  • Yang Mulia Dayangku Amal Hazirah binti Pengiran Haji Jofri
  • Yang Mulia Dayang Nur Rodaah binti Haji Asmat
  • Yang Mulia Dayangku Alya Syahirah binti Pengiran Haji Jofri

Musabaqah tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.


​Foto: PDI