Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PERBARISAN LALU SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41, TAHUN 2025M OLEH WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

23 February 2025

PERBARISAN LALU SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-41, TAHUN 2025M OLEH WARGA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Ahad, 24 Syaaban 1446 bersamaan 23 Februari 2025-Upacara Perhimpunan Agung sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025M telah berlangsung pagi tadi dengan acara gilang gemilang bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Antara Upacara Perhimpunan Agung tersebut ialah perbarisan lalu di hadapan Pentas Diraja oleh lebih 11 ribu peserta yang mewakili 185 buah pasukan dengan didahului oleh Pembawa Bendera NBD berukuran besar yang diikuti oleh Pasukan Pembaca Ikrar, Pasukan Pembawa Bendera-bendera Logo Hari Kebangsaan, ABDB, PPDB, Pasukan Beruniform yang lain, Pasukan Badan Berkanun, Pasukan Sektor Awam dan Pasukan Jabatan Daerah-daerah.

Kementerian Hal Ehwal Ugama seperti kementerian-kementerian lain, juga menyertai perhimpunan agung tersebut dengan perbarisan lalu dan persembahan padang.

Mengetuai perbarisan pagi tadi ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Gambar-gambar sekitar Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-41, Tahun 2025M oleh warga Kementerian Hal Ehwal Ugama


Foto: Perantis BPAAM