Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PEGAWAI KESEJAHTERAAN BAHARU BAGI PENUNTUT PEREMPUAN DI KAHERAH MESIR

12 September 2024

PEGAWAI KESEJAHTERAAN BAHARU BAGI PENUNTUT PEREMPUAN DI KAHERAH MESIR

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Berakas, Sabtu, 09 Rabiulawal 1446 bersamaan 12 September 2024–Dayang Sabrienawati binti Haji Mohammad Salleh berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam ke Pejabat Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Kaherah Republik Arab Mesir lewat petang tadi bagi memulakan tugas sebagai Pegawai Kesejahteraan bagi penuntut-penuntut perempuan di Kaherah. Mesir.  Beliau akan berkhidmat untuk selama 3 tahun di sana.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah pegawai-pegawai kanan Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

​​Foto: i-Ready BPAAM