Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN DIKIR KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID KAMPUNG LABU ESTATE, DAERAH TEMBURONG BERSEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1446H/2024M

12 September 2024

ROMBONGAN DIKIR KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KE MASJID KAMPUNG LABU ESTATE, DAERAH TEMBURONG BERSEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM BAGI TAHUN 1446H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​​

Temburong, Khamis, 09 Rabiulawal 1446 bersamaan 12 September 2024-Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan lagi Majlis Ihya Maulidur Rasul lewat petang tadi bertempat di Masjid Kampung Labu Estate, Daerah Temburong bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446H/2024M.

Mengetuai rombongan ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dr. Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh.

Majlis adalah bertujuan untuk meraih ganjaran berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bagi mengenang jasa serta pengorbanan Baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam menyebarkan agama Islam.  Selain sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, ianya juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan jemaah masjid serta penduduk kampung di sekitarnya.

Tumpuan Rombongan Dikir Kementerian Hal Ehwal Ugama seterusnya ialah ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada hari Ahad, 15 September 2024 dengan diselajurkan Majlis Penutup Dikir 12 Malam Berturut-Turut bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446H/2024M.


Foto: JHEM