Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI PENGANUGERAHAN BIASISWA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI SESI 2024 / 2025

11 September 2024

MAJLIS DOA KESYUKURAN BAGI PENGANUGERAHAN BIASISWA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI SESI 2024 / 2025

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Rabu, 07 Rabiulawal 1446 bersamaan 11 September 2024–Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pengajian Islam pagi tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bagi Penganugerahan Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama, Sesi Akademik 2024/2025 kepada seramai 19 orang pelajar yang telah ditawarkan biasiswa untuk mengikuti pengajian di luar negara dan 5 orang pelajar menerima biasiswa dalam negeri.  Majlis Doa Kesyukuran tersebut diadakan di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia, Dr. Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan serta para pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seramai 16 orang pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Republik Arab Mesir dalam bidang Sarjana Muda Syariah Islamiyyah; Sarjana Muda Usuluddin; Sarjana Muda Bahasa Arab; Sarjana Muda Takhassus Al-Quran Wal Qiraat, seorang (1) pelajar akan melanjutkan pelajaran ke Monash University, Australia dalam bidang Bachelor of Occupational Therapy, seorang (1) pelajar ke Universiti Malaya, Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Al-Quran dan Al-Hadith dan seorang (1) lagi pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (TASL).

Majlis juga menyaksikan seramai 5 orang pelajar menerima biasiswa Skim Khas A Level ke Sekolah Antarabangsa Jerudong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.  Diikuti dengan ucapan Pengerusi Majlis, Yang Mulia Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.  Diteruskan dengan tayangan video dan disusuli dengan upacara penyampaian Surat Penganugerahan Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama kepada pelajar-pelajar diraikan yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis.

Majlis diakhiri dengan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zamery bin Haji Nayan.