Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QUR’AN BAGI MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1445H/2024M

06 April 2024

MAJLIS PENUTUP TADARUS AL-QUR’AN BAGI MASJID, SURAU DAN BALAI IBADAT SELURUH NEGARA BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Bandar Seri Begawan, Sabtu, 26 Ramadhan 1445 bersamaan 06 April 2024-Majlis tadarus yang diadakan di masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara yang dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, berakhir pada malam ini dengan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Qur'an di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Tadarus Al-Qur'an di Masjid, Surau dan Balai Ibadat adalah salah satu syiar untuk memakmurkan masjid, surau dan balai ibadat di negara ini, dalam suasana masyarakat Islam, tanpa mengira peringkat umur, sama-sama memperdengarkan bacaan Al-Qur'an sekaligus mendekatkan diri dengan Al-Qur'an dan meyemarakkan bulan yang penuh berkat ini dengan amal ibadat semata-mata bagi meraih keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Pada malam tersebut, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis diteruskan dengan Tadabbur al-Qur'an telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, Pemangku Timbalan Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Majlis Penutup Tadarus al-Qur'an Bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Seluruh Negara tersebut telah dikendalikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar Ali Saifuddien dan Radio Televisyen Brunei.

 

 

​Foto: i-Ready BPAAM