Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

PROJEK AMAL SEMANIS RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

04 April 2024

PROJEK AMAL SEMANIS RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Brunei Muara, Khamis, 24 Ramadhan 1445 bersamaan 04 April 2024–Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mengadakan Projek Amal Semanis Ramadhan Bagi Tahun 1445H/2024M.

Projek tersebut diadakan adalah bagi memberikan peluang khususnya pegawai dan kakitangan Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi sama-sama menghulurkan bantuan berupa barang keperluan asasi dan kegunaan harian kepada beberapa buah keluarga fakir miskin di Daerah Brunei dan Muara yang terpilih dalam meringankan beban yang mereka hadapi disamping meraih keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Penerima-penerima sumbangan Projek Amal Semanis Ramadhan tahun ini terdiri daripada lima (5) buah keluarga Islam yang terpilih daripada golongan asnaf fakir miskin di Daerah Brunei dan Muara yang berdaftar di Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). 

Sumbangan diserahkan kepada setiap penerima di rumah masing-masing yang disempurnakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pengarah Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Sumbangan adalah berupa makanan dan barang keperluan asasi harian seperti beras, telur, mee kering dan sebagainya yang disumbangkan oleh para pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

 

​Foto: JP