Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT WANG TUNAI KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN DAN MUALLAF MENJELANG HARI RAYA TAHUN 1445H/2024M

05 April 2024

MAJLIS IFTAR DAN PENYAMPAIAN AGIHAN ZAKAT WANG TUNAI KEPADA ASNAF FAKIR MISKIN DAN MUALLAF MENJELANG HARI RAYA TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Tutong, Juma'at, 25 Ramadhan 1445 bersamaan 05 April 2024–Sejumlah $2,371,970.00 (Dua Juta Tiga Ratus Tujuh Puluh Satu Ribu Sembilan Ratus Tujuh Puluh Ringgit) telah diperuntukkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei bagi Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf Menjelang Hari Raya Tahun 1445H/2024M.

Peruntukan adalah di ambil daripada hasil Kutipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta yang di bayar oleh para muzakki (pembayar zakat) di Negara ini sepanjang Tahun 1444H/2023M yang keseluruhannya adalah berjumlah sebanyak $18,921,282.93 (Lapan Belas Juta Sembilan Ratus Dua Puluh Satu Ribu Dua Ratus Lapan Puluh Dua Ringgit dan Sembilan Puluh Tiga Sen). Dari jumlah tersebut sejumlah $845,520.00 (Lapan Ratus Empat Puluh Lima Ribu Lima Ratus Dua Puluh Ringgit) akan diagihkan kepada seramai 8,767 orang Asnaf Fakir Miskin terdiri dari 1,883 ketua keluarga dan 6,884 orang tanggungan.

Manakala sejumlah $1,526,450.00 (Satu Juta Lima Ratus Dua Puluh Enam Ribu Empat Ratus Lima Puluh Ringgit) akan diagihkan kepada seramai 3,077 orang Asnaf Muallaf terdiri dari 2,682 ketua keluarga dan 395 orang tanggungan.

Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf Menjelang Hari Raya Tahun 1445H/2024 akan dikreditkan ke akaun-akaun bank penerima sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M nanti. Skim Agihan Zakat ini adalah bertujuan bagi membantu meringankan perbelanjaan dan persiapan asnaf Fakir Miskin dan Muallaf bagi menyambut Hari Raya Tahun 1445H/2024M nanti.

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Penyampaian Agihan Zakat Wang Tunai kepada Asnaf Fakir Miskin dan Muallaf dengan diselajurkan dengan Majlis Iftar telah diadakan di Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang Daerah Tutong lewat petang hari ini.

Penyerahan Agihan Zakat Wang Tunai tersebut telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Naib Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei Bersama isterinya, Yang Mulia Datin Hajah Norazimah binti Haji Ramlee.

Sejumlah $26,860.00 (Dua Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Enam Puluh Ringgit Sahaja) agihan zakat wang tunai telah diserahkan kepada 71 orang penerima yang terdiri daripada 47 orang Asnaf Fakir Miskin dan 24 orang Asnaf Muallaf dari Daerah Tutong.

Turut hadir dan menyaksikan majlis penyerahan tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Awang Haji Hardifardhillah bin Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Haji Hamzah bin Haji Sabtu, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam dan Yang Mulia Pengiran Dr Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, Pemangku Pengarah Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal, Kemeterian Hal Ehwal Ugama.

Di dalam menunaikan kewajipan ibadah berpuasa di minggu terakhir bulan Ramadhan 1445H ini, Jabatan Urusan Zakat, Waqaf dan Baitulmal sukacita menyeru dan mengingatkan kepada semua umat Islam di Negara ini untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah kepada amil-amil bertauliah yang telah di lantik mengikut kawasan-kawasan seluruh Negara sebelum terluput waktu membayar zakat fitrah.

Bayaran Zakat Fitrah juga boleh di bayar secara atas talian 'online' menggunakan platform perbankan di Bank Islam Brunei Berhad (BIBD) dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan juga melalui aplikasi syarikat telekomunikasi Datastream Digital (DST) dan Imagine Sdn Bhd di sepanjang bulan Ramadan 1445H.

 

 

 

 

 

​Foto: JUZWB