Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

QIAMULLAIL RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA TAHUN 1445H/2024M

05 April 2024

QIAMULLAIL RAMADHAN ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

KIARONG, Jumaat, 25 Ramadhan 1445 bersamaan 5 April 2024-Bagi meraih ganjaran pahala berlipat ganda pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah awal pagi tadi telah menganjurkan Qiamullail Ramadhan bertempat di masjid berkenaan.

Qiamullail Ramadhan mengalu-alukan orang ramai untuk hadir bersama-sama ke masjid bagi meningkatkan amal ibadah di sepertiga akhir malam bulan Ramadhan, khususnya Sembahyang Sunat Tahajjud, Sembahyang Sunat Taubat, Sembahyang Sunat Hajat dan Sembahyang Sunat Tasbih.

Turut menghadiri Qiamullail Ramadhan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad.

Turut hadir Timbalan-Timbalan Menteri; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap- Timbalan Setiausaha Tetap; Pegawai-Pegawai Kanan; Pegawai dan kakitangan Kerajaan serta jemaah masjid.

Qiamullail Ramadhan diisi dengan Sembahyang Sunat Tasbih secara berjemaah dimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz. Ini dikuti dengan bacaan Wirid serta Doa Sembahyang Sunat Tasbih. Kemudian bacaan Doa Munajat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Mulia Awang Haji Haris bin Haji Suboh, Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas.

Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim;  Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia, Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh bersama isteri masing-masing.

 

 

​Foto: i-Ready BPAAM