Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QUR‘AN PERSATUAN NURUL ISLAM 1445H/2024M

04 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QUR‘AN PERSATUAN NURUL ISLAM 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ramadhan 1445 bersamaan 4 April 2024-Persatuan Nurul Islam, Brunei Muara dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Muallaf (Pengupayaan Muallaf), Pusat Da'wah Islamiah, dan disokong oleh Takmir Masjid Kampung Belimbing telah mengungkayahkan Majlis Khatam Al-Qur'an. Majlis tersebut merupakan aktiviti tahunan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang diusahakan oleh Persatuan tersebut. Majlis berlangsung di Masjid Kampung Belimbing, Jalan Subok.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga selaku Ketua Kampung Belimbing.

Ini adalah antara usaha menanamkan semangat tekun dan sabar dalam mempelajari bidang bacaan Al-Qur'an sehingga sampai kepada celik Al-Qur'an, walaupun tidak ke tahap mahir, sekurang kurangnya lancar, tartil dan boleh membaca Al-Qur'an dengan baik. Memberi galakan kepada para saudara muallaf untuk menyedari akan keutamaan dan mustahaknya mempelajari membaca Al-Qur'an. Buta huruf terhadap Al-Qur'an adalah satu kerugian besar bagi kita sebagai umat Islam.

Ianya juga, untuk menanamkan keimanan yang kukuh kepada Saudara Saudara Muallaf terhadap Al[1]Qur'an, sampai ketahap mencintai Al-Qur'an sehingga Al-Qur'an tidak lepas dari tangan mereka, ertinya Al-Qur'an itu sentiasa dibaca dan diamalkan apa yang terkandung didalamnya. Jadi perlu Saudara Saudara Muallaf diberi motivasi yang benar supaya berterusan membaca Al-Qur'an. Mudah mudahan dengannya aura keberkatan dapat menyentuh hati nurani mereka, semoga mereka menjadi orang yang dekat dengan Al-Qur'an semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Foto: PDI