Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

03 April 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KELAS BIMBINGAN MUSLIMAH SELURUH NEGARA SEMPENA BULAN RAMADHAN BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Tutong, Rabu, 23 Ramadhan 1445 bersamaan 03 April 2024–Sempena bulan Ramadhan yang mubarak ini, acara keagamaan di Negara Brunei Darussalam rancak dijalankan bagi menghidupkan lagi suasana kemeriahan di bulan Ramadhan antaranya, Majlis Bertadarus Al-Quran.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Penanjong, Daerah Tutong telah mengungkayahkan Majlis Khatam Al-Quran bagi Kelas Bimbingan Muslimah Seluruh Negara bertempat di masjid berkenaan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi amal ibadat bersempena bulan Ramadhan terutama sekali melalui pembacaan Al-Quran untuk meraih ganjaran pahala berlipat ganda dan kebaikan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Di samping mendorong para Muslimah untuk mengamalkan bacaan Al-Quran sehingga khatam, acara ini juga dihasrat untuk mengeratkan lagi silaturrahim kalangan muslimah masjid seluruh Negara.

 

​Foto: JHEM