Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM SATU MINGGU SATU JUZUK MURID-MURID SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1444H/2023M

21 February 2024

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM SATU MINGGU SATU JUZUK MURID-MURID SEKOLAH UGAMA KAWASAN BRUNEI IIA TAHUN 1444H/2023M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Serusop, Rabu, 11 Sya'ban 1445 bersamaan 21 Februari 2024–Program Satu Minggu Satu Juzuk (1M1J) mula diperkenalkan di persekolahan ugama pada tahun 2016 dengan tujuan untuk memantapkan lagi pembacaan Al-Quran murid-murid sekolah ugama, di samping memupuk budaya membaca Al-Quran sebagal amalan harian.

Program ini merupakan antara usaha berterusan Jabatan Pengajian Islam dalam menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bagi melahirkan generasi Brunei yang celik Al-Quran.

Sehubungan dengan itu, Majlis Khatam Al-Quran Program Satu Minggu Satu Juzuk diadakan petang tadi bagi meraikan 134 orang murid yang menyertai program tersebut dan berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.  Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop.

Majlis khatam dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Ustaz Awang Haji Shamshol bin Haji Omar, Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam.  Diteruskan dengan Doa Khatam yang dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohd Zakwan bin Haj Mohd Ameerul Asharaf dari Sekolah Ugama Sayyidina Abu Bakar.  Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban oleh gabungan guru-guru Ugama Lelaki Kawasan Brunei II.

Majlis juga menyaksikan penyampaian sijil khatam oleh Tetamu Khas Majlis kepada 65 orang murid lelaki dan 69 orang murid perempuan yang terdiri dari kalangan murid Darjah Ill hingga Darjah VI.  Diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Yang Mulia Cikgu Haji Mosliadi bin Haji Kamis.