Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

TINJAUAN MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA’ BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASIN DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 40, TAHUN 2024M

21 February 2024

TINJAUAN MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDHU MAGHRIB DAN ISYA’ BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YASIN DAN DO’A KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 40, TAHUN 2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Bandar Seri Begawan, Rabu, 11 Sya'ban 1445 bersamaan 21 Februari 2024–Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Do'a Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-40, Tahun 2024M akan diadakan pada Hari Khamis, 13 Sya'ban 1445H bersamaan 22 Februari 2024M bertempat di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Bagi memastikan acara berjalan dengan lancar, Jawatankuasa Kerja Acara Keugamaan berkenaan petang tadi membuat tinjauan persediaan bagi acara tersebut. Hadir semasa tinjauan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Haĺ Ehwal Ugama.

Hadir sama, Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah serta ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Selain tumpuan utama di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, acara keugamaan ini juga akan diadakan di beberapa buah masjid di seluruh Negara yang juga dijadikan tumpuan, iaitu Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampong Kiarong; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampong Mentiri;  Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong;  Masjid Mohamed Bolkiah, Kampong Serusop;  Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan bagi Daerah Brunei dan Muara.

Manakala bagi Daerah Belait, tumpuan majlis ialah di Masijd Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampong Pandan, Kuala Belait;  dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.  Bagi Daerah Tutong pula akan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, sementara di Daerah Temburong, majlis akan berlangsung di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

 

​Foto: i-Ready BPAAM