Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

JERAYAWARA “KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA – SATU HAK ASASI” SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023

19 February 2024

JERAYAWARA “KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN DI TEMPAT KERJA – SATU HAK ASASI” SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2023

​  بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Berakas, Isnin, 09 Syaaban 1445 bersamaan 19 Februari 2024–Kira-kira 100 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama pagi tadi menghadiri Jerayawara bersempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023.  Acara diadakan di Dewan Multaqa, Aras Bawah, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Tema bagi jerayawara tersebut “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan Di Tempat Kerja – Satu Hak Asasi".  Jerayawara bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pencegahan dan pengurusan kesihatan mental, kesejahteraan diri serta mengurangkan stigma, pandangan negatif terhadap kesihatan mental khususnya di kalangan warga perkhidmatan awam.  Ianya juga diharap untuk menjadi satu platform pemberigaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan mental dan kesejahteraan diri yang terdapat di Negara ini.

Selain pameran, jerayawara juga memuatkan beberapa taklimat yang mengetengahkan topik-topik berkaitan dengan kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan di tempat kerja.  Taklimat-taklimat disampaikan oleh 3 orang pegawai iaitu: Psikologis, Perkhidmatan Psikologi Klinikal dan Komuniti, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dayang Siti Nurelliyyana binti Haji Matussin;  dan Psikologis, Pusat Promosi kesihatan, Kementerian Kesihatan, Yang Mulia Dayang Siti Nadzirah binti Haji Abdullah; serta Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Saharuddin bin Haji Patra.

Jerayawara secara In-House Training itu dikendalikan oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, dan Perkhidmatan Perkhidmatan Psikiatri Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha [RIPAS] serta Perkhidmatan Psikologi Masyarakat, Kementerian Kesihatan.

 

​​



 

​Foto: BPAAM