MISI Mendokong misi Kementerian Hal Ehwal Ugama ke arah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna bagi mencapai بلدة طيبة ورب غفور “Baldatun Taiyibah Wa Rabbun Ghafur”
FUNGSI & PERANAN - Penggerak utama untuk bekerjasama dengan Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan serta orang ramai.
- Nadi kekuatan hubungan dengan Pegawai dan Kakitangan Pejabat seperti kebenaran bercuti, kebenaran keluar negeri, memohon perumahan dan sebagainya bagi semua bahagian-bahagian.
- Mengawasi keperluan pejabat, kenderaan, kerosakan dan pemeliharaan bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama Cawangan Belait.
- Mengendalikan urusan kewangan seperti penyediaan paysheet gaji hari, elaun-elaun dan sebagainya.
- Bertanggungjawab bagi permohonan peruntukan belanjawan tahunan.
- Mengadakan muzakarah dengan Ketua-Ketua Bahagian.
- Menyediakan Laporan dan Rancangan Tahunan.
- Membuat laporan bulanan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama mengenai setiap perkembangan yang berlaku terutamanya dalam soal Ugama. Mengendalikan acara-acara atau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian/Pejabat seperti dalam sosial, kemasyarakatan, kebajikan atau sukan.
- Memproses sokongan bagi permohonan jawatan kosong ke Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Mempertimbangkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran / pandangan mengenai perkara-perkara yang berhubungkait dengan aktiviti Bahagian di Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait yang dihadapkan kepada Ketua Pegawai Ugama Daerah.
- Memproses permohonan Perumahan dibawah Jawatankuasa Penimbang Bantuan Perumahan Dibawah Kawalan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait ( Khas bagi Janda / Balu ).
- Menentukan tenaga pengkursus penggapai.
- Membantu Jabatan Urusan Haji dalam Hal Ehwal Permohonan bakal-bakal haji bagi Daerah Belait.
|