MISI
Mendukung dan memelihara ugama Islam dan kerasmiannya serta
memperkembangkannya melalui dasar-dasar dan pentadbiran yang berkesan dan
dinamik bagi pembangunan dan kesejahteraan negara berdasarkan hukum Syara’,
Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.
SEJARAH PENUBUHAN
Mula ditubuhkan dengan nama Unit
Inspektorat pada Tahun 1996.
Dinaikkan taraf menjadi Bahagian Dasar
dan Inspektorat pada Oktober 2003.
Menurut perancangan strategik
Kementerian Hal Ehwal ugama 2010-2014, Bahagian Dasar telah digabungkan dengan
Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan dan dinamakan seperti yang ada sekarang
mulai April 2010.
Bahagian ini dibahagikan kepada 2
Seksyen iaitu:
1.
Seksyen Dasar dan Mesyuarat
2.
Seksyen Kajian dan Perancangan
Bahagian ini adalah secara langsung di
bawah kawalan Setiausaha Tetap KHEU.
FUNGSI & PERANAN
- Menjadi
Urusetia bagi Muzakarah Mingguan Pentadbiran (MMPK) dan Muzakarah Bulan
Kementerian (MBK).
- Menggariskan
dan menyediakan dasar-dasar strategik berhubung hal ehwal yang di bawah
bidang kuasa jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Memastikan
jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
melaksanakan dasar-dasar, peraturan-peraturan atau arahan-arahan yang
berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
- Menjadi
Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Program Khidmat Bakti
Negara.
- Menjadi
Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Jawatankuasa Khas Isu
Wanita dan Institusi Keluarga.
- Menjalankan
penyelidikan strategik berhubung hal ehwal bidang kuasa jabatan dan
bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Merancang,
mengkaji, menganalisa dan memantau rancangan strategik Kementerian Hal
Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya.
- Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Wawasan 2035.
OBJEKTIF
- Bertindak
sebagai 'Think Tank' dan 'Strategic Integrator' bagi
memastikan dasar/program/projek yang dirancang dan digubal secara
bersepadu dan berkesan untuk membangun/memajukan perkhidmatan dan
pengurusan KHEU.
- Memberikan khidmat
sokongan bagi memastikan semua tugas yang berkaitan dengan fungsi KHEU
dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta menepati
prinsip-prinsip dan peraturan yang ditetapkan.
- Memastikan
perancangan, pembangunan dan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar
Kementerian dilaksanakan dengan efektif dan selaras dengan dasar wawasan
Negara.
- Merancang,
menggubal, menyelaras dan memantau serta mengawasi perlaksanaan
dasar-dasar yang strategik berpandukan matlamat program atau aktiviti
Kementerian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
SEKSYEN DASAR DAN MESYUARAT
Unit Muzakarah dan Inspektorat
- Menjadi urusetia kepada Muzakarah Mingguan Pentadbiran Kementerian (MMPK) yang diadakan setiap minggu mengikut keperluan.
- Bertanggungjawab bagi menyusun dan menjadikan keputusan-keputusan MMPKK sebagai dasar dan peraturan yang akan dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Menjadi urusetia kepada Muzakarah Bulanan Kementerian (MBK) yang diadakan setiap bulan mengikut keperluan.
- Bertanggungjawab bagi menyusun dan menjadikan keputusan-keputusan MBK sebagai dasar dan peraturan yang akan dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua jabatan dan bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Membuat pemantauan ke atas jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian dalam pelaksanaan dasar-dasar hasil daripada muzakarah-muzakarah MMPK dan MBK
- Menyediakan laporan pemantauan dan cadangan pembaikan kepada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap
- Memastikan pelaksanaan dan tindakan-tindakan ke atas titah-titah, dasar, polisi kerajaan dan keputusan-keputusan hasil dari Muzakarah Mingguan Pentadbiran Kementerian (MMPK) dan Muzakarah Bulanan Kementerian (MBK).
Unit Dasar
- Menyediakan rang titah bagi acara-acara tertentu.
- Mengumpul dan mengedarkan titah-titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk dijadikan rujukan setiap jabatan dan bahagian.
- Menyediakan cadangan dasar-dasar baru dan arahtuju strategik dalam kerjasama dengan jabatan dan bahagian lain di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Bertindak sebagai penyalur maklumat berkaitan dengan dasar-dasar Kementerian kepada jabatan dan bahagian serta sebagai pemudahcara dan sumber rujukan bagi maklumat tentang dasar-dasar yang sedia ada.
SEKSYEN KAJIAN DAN PERANCANGAN
Unit Rancangan Strategik
- Memastikan penyebaran maklumat mengenai Rancangan Strategik Kementerian kepada setiap jabatan dan bahagian
- Membuat cadangan-cadangan bagi strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Memberikan cadangan bagi penyelesaian isu-isu dan cabaran-cabaran yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di dalam Rancangan Strategik
- Membuat penilaian semula dari masa ke semasa bagi mempastikan inisiatif-inisiatif yang terkandung di dalam Rancangan Strategik adalah relevan
- Mempastikan setiap jabatan dan bahagian mengimplementasi program/projek/ aktiviti/inisiatif di bawah Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Membuat penyelidikan dan perancangan bagi penyediaan Rancangan Strategik yang akan datang berdasarkan kepada dapatan-dapatan dan pencapaian-pencapaian semasa
- Menyediakan dokumen-dokumen rujukan utama Kementerian seperti :
- Laporan Tahunan Kementerian
- Laporan Rancangan Strategik Kementerian
- Laporan Pencapaian.
- Menjadi Urusetia peringkat Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi Wawasan 2035.
Unit Penyelidikan dan Perkembangan
- Mengumpul dan menyusun data serta maklumat utama jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Membuat kajian dan analisis ke atas data/maklumat berkenaan dengan jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Membuat cadangan-cadangan program berhubungkait dengan penyediaan/pelaksanaan dasar-dasar Kementerian berasaskan kepada penyelidikan dan analisa-analisa data dan maklumat
- Membuat cadangan-cadangan strategi pelaksanaan rancangan-Rancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya
- Membuat cadangan-cadangan bagi menilai semula fungsi dan peranan serta struktur jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
