Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1445H/2024M

05 May 2024

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Pulaie, Ahad, 25 Syawal 1445 bersamaan 05 Mei 2024–Persatuan Nurul Islam dan Kelas Bimbingan Muallaf dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Muallaf (Pengupayaan Muallaf), Pusat Da'wah Islamiah telah mengendalikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1445H/2024M bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah, Kampong Pulaie, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah.

Turut hadir, Pegawai-Pegawai Pusat Da'wah Islamiah, Ahli-Ahli Persatuan Nurul Islam, para pelajar Kelas Bimbingan Muallaf dan Muallaf di Daerah Brunei Muara.

Majlis diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bagi para Muallaf di Daerah Brunei Muara di samping mengukuhkan lagi ikatan tali persaudaraan di kalangan mereka.

Majlis seperti ini turut diharapkan akan dapat menyuntik semangat perpaduan Islam di kalangan para Muallaf.

 

​Foto: PDI