Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1445H/2024M

05 May 2024

MAJLIS RAMAH MESRA HARI RAYA AIDILFITRI KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TAHUN 1445H/2024M

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Rimba, Ahad, 25 Syawal 1445 bersamaan 05 Mei 2024–Kelebihan Hari Raya Aidilfitri setentunya merapatkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin sama ada yang jauh mahupun dekat di samping menghulur tangan bermaafan sesama sendiri.

Dalam menyambut kemeriahan Aidilfitri, sebelum melabuhkan tirainya, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan jabatan-jabatan di bawahnya pagi tadi telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Lantai bawah Bangunan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampong Rimba.

Hadir memeriahkan lagi sambutan tersebut dan selaku Tetamu Kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, bacaan Surah Al-Fatihah dan doa Selamat oleh Yang Mulia Awang Saufi bin Haji Suhaini, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Turut hadir Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan isteri; Yang Mulia Prof. Madya Dr. Awang Haji Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dan isteri; Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abd Karim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Hal Ehwal Ugama;  Yang Mulia Awang Haji Hardifadhillah bin Haji Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keagamaan) Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pengarah-Pengarah; Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Di majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin, Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama dan Datin, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jemputan-Jemputan Khas serta pegawai-pegawai kanan turut berdudun ramah mesra bersama Golongan Muallaf, Belia Masjid dan Muslimah.

Sejurus itu, Yang Berhormat Menteri Bersama Datin beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kunjung-mengunjungi ke ruang meja setiap Jabatan, Bahagian, Unit di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dihiburkan dengan persembahan dari setiap booth.

Acara juga diselangselikan dengan cabutan nama bertuah. Juga diadakan pengumuman Grand Prize dan peraduan Manzil Jamil (rumah/halaman cantik).

Majlis ini merupakan salah satu kegiatan sosial berkebajikan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengeratkan hubungan silaturahim yang lebih mesra dan harmoni sesama warga kementerian serta, menerapkan nilai-nilai yang lebih positif dalam hubungan ibarat sebuah keluarga.



 

 

 



​Foto:i-Ready BPAAM