Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI BANGSA KADAZAN-DUSUN [LAURELL WHARTON]

05 May 2024

MAJLIS PENGISLAMAN BAGI SEORANG LELAKI BANGSA KADAZAN-DUSUN [LAURELL WHARTON]

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

Lambak Kanan, Ahad, 25 Syawal 1445H bersamaan 5 Mei 2024–Seorang lelaki berbangsa Kadazan-Dusun menemui sinar baharu dengan memeluk ugama Islam dan melafazkan Ikrar Pengislaman serta Dua Kalimah Syahadahnya pada petang tadi. Majlis diadakan di Jalan Salam Perpaduan, Rancangan Perumahan Negara Kampung Lambak Kanan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah. Diikuti dengan Lafaz Ikrar Pengislaman serta Dua Kalimah Syahadah oleh Laurell Wharton, 37 tahun yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Aliff Astellero bin Abdullah. Majlis disempurnakan di hadapan pegawai dari Bahagian Pengembangan Da'wah, Pusat Da'wah Islamiah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada saudara baharu yang diraikan dan diselajurkan dengan Dikir Marhaban. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Sejak awal Januari hingga 2 Mei 2024, seramai 120 orang yang telah memeluk agama Islam di Negara Brunei Darussalam.

 

Foto: PDI