Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

MAJLIS SONGDAI BERAYA BERSAMA MUALLAF DAERAH TUTONG

04 May 2024

MAJLIS SONGDAI BERAYA BERSAMA MUALLAF DAERAH TUTONG

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

TUTONG, Sabtu, 24 Syawal 1445 bersamaan 04 Mei 2024-Pada bulan Syawal yang mulia ini, Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong, Pusat Da'wah Islamiah dengan kerjasama Syarikat Sha-Zan Marine Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Songdai Beraya Bersama Muallaf di rumah kediaman Muallaf iaitu Awang Mohammad Sahaidi bin Abdullah dan Awang Normi bin Mohammad Sahaidi, Kampong Tanjong Panjang Daerah Tutong.

Adapun perkataan 'Songdai' dari 'Majlis Songdai Beraya Bersama Muallaf' adalah berasal daripada perkataan Bahasa Tutong yang bermaksud 'Lakastah Beraya bersama Muallaf' merupakan satu majlis beramah mesra bersama Muallaf dengan mengunjungi ke rumah-rumah Muallaf bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Hadir selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan barang asasi ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampong Sengkarai.

Turut hadir, Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh, Pengarah Pusat Da'wah Islamiah; Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman, Penolong Pengarah Pusat Da'wah Islamiah; Yang Mulia Awang Haji Azman bin Haji Musa, Ketua Pegawai Ugama Daerah Tutong; dan Yang Mulia Awang Johan bin Haji Zinin, Wakil Pejabat Ukur Cawangan Daerah Tutong; serta ahli-ahli rombongan daripada Pusat Da'wah Islamiah dan Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Pegawai daripada Pejabat Unit Da'wah Daerah Tutong. Diikuti dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah. Seterusnya, penyampaian sumbangan barang asasi kepada dua buah keluarga Muallaf oleh Ketua Rombongan, dan kemudiannya penyerahan Replika Penanda Arah Kiblat disempurnakan oleh Wakil Pejabat Ukur Cawangan Daerah Tutong.

Majlis diakhiri dengan beramah mesra bersama Muallaf bagi menyambut dan memeriahkan lagi suasana Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan hubungan silaturrahim di samping mengembangkan syi'ar agama Islam kepada para Muallaf.

 

​Foto: PDI