Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman
Powered By Tech One Solutions - Brunei

ROMBONGAN PERSATUAN SAUDARA-SAUDARA BARU TEMBURONG (PESAT) BERHARI RAYA KE RUMAH YANG MULIA PENGIRAN DATO SERI PADUKA HAJI MOHAMMAD TASHIM BIN PENGIRAN HAJI HASSAN, TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

13 April 2024

ROMBONGAN PERSATUAN SAUDARA-SAUDARA BARU TEMBURONG (PESAT) BERHARI RAYA KE RUMAH YANG MULIA PENGIRAN DATO SERI PADUKA HAJI MOHAMMAD TASHIM BIN PENGIRAN HAJI HASSAN, TIMBALAN MENTERI HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم​

BERAKAS, Sabtu, 04 Syawal 1445H bersamaan 13 April 2024–Seramai 30 orang muallaf dari Persatuan Saudara-Saudara Baru Temburong (PESAT) telah membuat Kunjungan Berhari Raya ke kediaman Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan Datin yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim khususnya bagi muallaf di Daerah Temburong. Ianya juga mengajar para muallaf agar sentiasa menjaga hubungan sesama kita lebih-lebih lagi bila berada di bulan Syawal.

Mengetuai rombongan pada kali ini ialah Yang Mulia Awang Ashim Amrullah bin Abdul Rahman Menchok, selaku Yang Di-Pertua PESAT.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan daripada Yang Di-Pertua PESAT. Setelah itu rombongan berkesempatan untuk mendengarkan ucapan dan juga nasihat daripada Yang Mulia Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Majlis seperti ini diharap akan dapat dijadikan satu dakwah kepada para muallaf kita agar sentiasa menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan dapat memberi ruang kepada para muallaf untuk berkongsisama serta bersemuka dengan warga Kementerian Hal Ehwal Ugama.