Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

36 AGENSI PELANCONGAN DIBERIKAN KEBENARAN MENGENDALIKAN PERKHIDMATAN PAKEJ UMRAH MENGGUNAKAN VISA PELANCONG ARAB SAUDI

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan bahawa pada masa ini sebanyak tiga puluh enam (36) buah agensi pelancongan telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Umrah menggunakan Visa Pelancong Arab Saudi bagi tahun 2026 Masihi iaitu:

1.Darussalam Services Sdn. Bhd. (DSSB)

2.Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd. (SCA)

3.Continental Yachting Sdn. Bhd.

4.Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. (RAA)

5.Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.

6.At-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

7.Dar El-Ehsan Travel Sdn. Bhd. (DEE)

8.Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. (AHTTSB)

9.Balurih Travel Sdn. Bhd.

10.As-Safa Travel and Tours Sdn. Bhd.

11.Al-Abraj Travel and Tours Sdn. Bhd.

12.Al-Hajat Tours and Travels Agency Sdn. Bhd.

13.Al-Hambra Travel and Tours Sdn. Bhd.

14.Al-Haramain Bil Iman Travel and Tours Sdn. Bhd.

15.Al Kheira Travel and Tours Sdn. Bhd.

16.Al-Miqat Travel and Tours Sdn. Bhd.

17.Al-Qobul Travel and Tours Sdn. Bhd.

18.An-Nur Al-Khayr Travel and Tours Sdn. Bhd.

19.AZ Back To Nature Travel and Tours Sdn. Bhd.

20.Az-Zain Travel and Tours Sdn. Bhd.

21.Darul Rahman Travel Sdn. Bhd.

22.El-Abqari Travel and Tours Sdn. Bhd.

23.Firdaus Al-Munawwarah Travel Services Sdn. Bhd.

24.Ghufran Travel and Tours Sdn. Bhd.

25.Hafiz Bru Travel and Tours Sdn. Bhd.

26.Hayya Travel and Tours Sdn. Bhd.

27.Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.

28.Humzaik Travel and Tours Sdn. Bhd.

29.Hurriyah Travel Services Sdn. Bhd.

30.Ikhlas Global Tours Sdn. Bhd.

31.Lamisa International Tours and Travels Sdn. Bhd.

32.Maduli Agency Travel Sdn. Bhd.

33.PGGMB Travel Service Sdn. Bhd.

34.Simply Umrah (B) Travel and Tours Sdn. Bhd.

35.Al-Khaif Travel and Tours Sdn Bhd

36.Al-Mateen Travel and Tours Sdn Bhd

(Senarai penuh Agensi-Agensi Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah mengikut kategori pakej dan visa seperti yang dilampirkan).

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah adalah dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum memilih mana-mana agensi pelancongan bagi mengendalikan pakej umrah. Ini adalah bagi mengelakkan orang ramai daripada berurusan dengan agensi pelancongan yang tidak diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah. Orang ramai bolehlah merujuk kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mendapatkan pengesahan mengenai agensi-agensi pelancongan yang telah diberikan kebenaran serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara berkenaan.

Seterusnya Jabatan Urusan haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin mengingatkan agensi-agensi pelancongan yang tidak mempunyai kebenaran mengendalikan perkhidmatan pakej umrah adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk mengendalikan perkhidmatan pakej umrah termasuk membuat sebarang iklan dan tawaran mengenainya.

Maklumat mengenai senarai terkini agensi-agensi pelancongan yang dibenarkan untuk mengendalikan perkhidmatan Pakej Haji dan Pakej Umrah (Visa Umrah dan Visa Pelancong Arab Saudi) bolehlah disemak melalui laman sesawang rasmi Kementerian Hal Ehwal Ugama www.mora.gov.bn atau Instagram KHEU.BRUNEI atau menghubungi Jabatan Urusan Haji melalui talian 2384478 atau emel: juh.kheu@mora.gov.bn bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Attachments