Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

MUSABAQAH MEMBACA AL QURAN BAHAGIAN DEWASA PERINGKAT SARINGAN KEBANGSAAN BAGI TAHUN 1448H/2026M

Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba, akan mengendalikan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan Bagi Tahun 1448H/2026M.

Musabaqah ini adalah merupakan musabaqah peringkat Awal bagi pemilihan qari dan qariah untuk melayakkan diri seterusnya ke Peringkat Separuh Akhir yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Syarat kelayakan bagi menyertai musabaqah tersebut ialah:-

i.Hendaklah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang Kad Pengenalan warna kuning), beragama Islam, bermazhab Syafi'ee aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

ii.Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun semasa mendaftar.

Pemilihan awal Peringkat Saringan Kebangsaan bagi tahun 1448H/2026M akan di adakan selama empat (4) hari bermula pada 20, 21, 22, dan 24 Oktober 2026, bertempat di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Rimba, Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, Borang penyertaan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Saringan Kebangsaan Bagi Tahun 1448H/2026M boleh di dapati di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Bandar Seri Begawan.

Borang yang telah lengkap di isikan bolehlah di hantar ke Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid tidak lewat pada Hari Sabtu, 10 Oktober 2026, pukul 4.00 petang. *(Tertakluk kepada perubahan).

Untuk makluman lanjut, sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai berikut:

i.Yang Mulia Dayang Hajah Surinah / Tini binti Haji Shamsuddin, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No Hp: 8878570

ii.Yang Mulia Awang Riza Masdi bin Haji Mamit, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No Hp: 8747125

iii.Yang Mulia Awang Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar, Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, No Hp: 8831350


Attachments