Urusetia Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pertukaran nombor akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei bagi memastikan kelancaran transaksi sumbangan dibuat dengan selamat dan betul.
Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) telah mengemaskini nombor akaun Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid dari Akaun Simpanan Syarikat kepada Akaun Semasa Korporat yang mana telah dikuatkuasa pada 01 Januari 2026.
Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sumbangan ke Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid, bolehlah menyumbang melalui nombor akaun baru tersebut. Semoga amal jariah yang disumbangkan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda serta diterima di sisi Allah Subhanahu Wa Taala.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 2233192 atau e-mel kepada tdbpm.jhem@gmail.com .