Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah akan diadakan pada Hari Selasa, 12 Rabiulawal 1448 bersamaan 25 Ogos 2026 secara serentak di keempat-empat daerah bermula pada pukul 7.00 pagi.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah sukacita mempelawa penyertaan pasukan-pasukan dan orang ramai bagi bersama-sama ikut serta dalam sambutan itu nanti.
Bagi Daerah Brunei dan Muara, penyertaan adalah dibukakan kepada:
Kategori 1: Pasukan Tidak Bernombor
Kategori 2: Kementerian-Kementerian
Kategori 3: Institusi Pengajian Tinggi / Maktab / Sekolah Arab / Sekolah Menengah / Swasta
Kategori 4: Kampong dan Masjid
Kategori 5: Persatuan dan Sektor Swasta
Borang penyertaan bagi Daerah Brunei dan Muara kini telah dibuka dan boleh diperoleh daripada Urus Setia Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara Tahun 1448 Hijrah, Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, BB3910, Negara Brunei Darussalam. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada urus setia berkenaan atau melalui faks: 2382351 atau e-mel: syiar.islam@mora.gov.bn.
Borang penyertaan bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong bolehlah diperoleh di Pejabat Hal Ehwal Ugama daerah masing-masing dan dikembalikan ke pejabat yang sama.
Borang penyertaan juga boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama www.mora.gov.bn.
Tarikh tutup pendaftaran dan mengembalikan borang penyertaan ialah pada hari Sabtu, 15 Ogos 2026, pukul 4.00 petang.
Bagi Daerah Brunei dan Muara: Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 2382301 sambungan 234 atau 237.
Daerah Belait: Awang Mohd Noorsuffian bin Haji Yahya, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait. Telefon bimbit: 8300510.
Daerah Tutong: Dayang Noraini binti Haji Saniah, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong. Telefon bimbit : 8243010
Daerah Temburong: Awang Haji Hazimin bin Haji Metali, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong. Telefon bimbit: 8851981.
BORANG PENYERTAAN