Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

PERMOHONAN KURNIA TAMBANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI BAGI TAHUN 1448 HIJRAH / 2027 MASIHI

Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan, sama ada yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara bahawa permohonan Kurnia Tambang Menunaikan Fardhu Haji bagi tahun 1448 Hijrah / 2027 Masihi telahpun dibukakan mulai hari ini, Isnin 05 Safar 1448 bersamaan 20 Julai 2026.

Semua permohonan hendaklah dihadapkan kepada Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Ketua Jabatan masing-masing tidak lewat hari Sabtu, 07 Rabiulakhir 1448 bersamaan 19 September 2026.

Pegawai dan kakitangan yang berhasrat untuk memohon Kurnia Tambang Menunaikan Fardhu Haji bagi tahun 1448 Hijrah / 2027 Masihi bolehlah mendapatkan borang permohonan pada hari-hari bekerja pada waktu berikut:

  • Sebelah pagi:        8.30 hingga 11.30 pagi
  • Sebelah petang:   2.00 hingga 3.30 petang

Borang permohonan boleh diperolehi di tempat berikut:

  1. Jabatan Urusan Haji, Tingkat 2, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.
  2. Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Selain itu, borang permohonan pengurniaan tambang tersebut juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang rasmi Jabatan Urusan Haji di pautan: www.juh.gov.bn.​


Attachments