بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم
Bandar Seri Begawan, Rabu, 11 Rabiulawal 1445H bersamaan 27 September 2023M–Sekolah Menengah Arab Laki-laki Hassanal Bolkiah pagi tadi telah mengadakan program Hayya Ilal Arabiyyah (Mari Berbahasa Arab) dengan tema “العربية اللغة معرض “yang diadakan di dewan sekolah berkenaan bermula jam 7.30 pagi.
Program ini merupakan wadah untuk memberigakan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Arab kepada semua warga sekolah secara umum. Program juga bertujuan untuk memupuk minat dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Arab, disamping mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab, serta memperkaya Kosakata (Mufradat) dan istilah-istilah ‘arabiyyah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Hadir selaku Tetamu Khas Majlis, Yang Mulia Ustazah Hajah Mastura binti Haji Jais, Ketua Unit Perkhidmatan dan Pengurusan, Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum, Jabatan Pengajian Islam ini merupakan salah satu usaha berterusan pihak Jabatan serta persekolahan Arab bagi menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Konvokesyen Ke-6 KUPU SB pada tahun 1438H /2016M.
Foto: JPI
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم