Skip Ribbon Commands
Skip to main content

ZakatFitrahQPDSDT
Powered By Tech One Solutions - Brunei

Zakat Fitrah Secara Online

 

INFORMASI PERKHIDMATAN

    Majlis Ugama Islam Brunei dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam Berhad melaksanakan Pembayaran zakat fitrah dalam talian (online) bermula Ramadhan 1442/2021 sebagai alternatif kepada kaedah konvensional sedia ada.

    Merujuk Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam melalui siri Fatwa (16/2020) Bil.24-1/2/5Ej(2) bertarikh 18 Syawal 1441 bersamaan 10 Jun 2020 telah menyatakan bahawa pembayaran zakat dalam talian adalah harus dan sah kerana ia memenuhi tatacara yang ditetapkan oleh syara' dalam pembayaran zakat.

  • 1. Zakat Fitrah dikenali juga dengan zakat badan atau zakat jiwa.

    2. Zakat Fitrah ialah makanan yang tertentu jenisnya dan sukatannya yang wajib dikeluarkan pada hari raya puasa oleh tiap-tiap orang Islam yang mempunyai kelebihan makanan bagi dirinya dan orang-orang yang dibawah tanggungannya untuk siang dan malam hari raya.

  • 1. Kadar zakat fitrah di Brunei bagi setiap orang Islam adalah berdasarkan harga beras 2 kilogram 268 gram:

    1.     a.    Beras Siam - $1.93
    2.     b.    Beras Wangi - $2.84

    2. Adalah harus yakni sah mengeluarkan Zakat Fitrah dengan salah satu Kategori beras (Beras Wangi atau Beras Siam).

    3. Secara umumnya, kadar zakat fitrah yang ditunaikan adalah mengikut harga beras yang biasa dimakan.

    4. Sesiapa yang suka memakan beras siam, dan dalam masa yang sama menjadi kebiasaan memakan beras wangi,     maka dalam hal ini lebih afdhal mengeluarkan zakat fitrah menggunakan kiraan beras wangi.

    1. 1. Islam.
    2. 2. Mempunyai harta lebih dari keperluan untuk dirinya dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
    3. 3. Hidup pada akhir bulan Ramadhan dan pada permulaan bulan Syawal.

    1. 1. Waktu harus: Sejak dari awal bulan Ramadhan.
    2. 2. Waktu sunat: Selepas sembahyang Subuh sehingga imam mendirikan sembahyang Hari Raya.
    3. 3. Waktu wajib: Setelah terbenam matahari akhir bulan Ramadhan.
    4. 4. Waktu makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari Hari Raya.
    5. 5. Waktu haram: Setelah terbenam matahari Hari Raya pertama. Bahkan perbuatan ini adalah suatu dosa namun wajib     dibayar juga sebagai qadha, kerana dikeluarkan di luar waktu.


PERHATIAN:  Awda dikehendaki menjawab soalan di bawah ini terlebih dahulu.

1.  Adakah awda berada di Negara Brunei Darussalam?   Ya   Tidak

2.  Adakah tanggungan awda berada di Negara Brunei Darussalam?   Ya/ Sebahagiannya   Tidak