Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Jabatan Pentadbiran

​​JABATAN PENTADBIRAN


MISI
Memantapkan pengurusan perkhidmatan, perancangan dan pembangunan sumber manusia serta kewangan secara bersistematik, berkualiti, efisyen, berkesan dan dinamik berlandaskan peraturan-peraturan dan garispandu yang berkuatkuasa.

SEJARAH PENUBUHAN
Pada 1 Julai 1954, tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat Istiadat dan Kebajikan. Bahagian Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat Istiadat dan Kebajikan berpusat di Bagunan Setiausaha Kerajaan.

Pada 2 September 1959, Perlembagaan Negara Brunei Darussalam telah diperkuatkuasakan. Berikutan itu Jabatan Hal Ehwal Ugama diasingkan daripada Jabatan Adat Istiadat dan Kebajikan sebagai sebuah Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Ugama. Semantara Bahgaian Pentadbiran, Jabatan Hal Ehwal Ugama diserapkan di dalam Struktur Organisasi Jabatan Hal Ehwal Ugama yang berpusat di Lapau Lama, Bandar Seri Begawan.

Pada 1 September 1966, Jabatan Hal Ehwal Ugama serta bahagian-bahagian di bawahnya termasuk Bahagian Pentadbiran berpindah ke bangunannya sendiri berdekatan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Bangunan berkenaan diberikan nama sebagai Pejabat Hal Ehwal Ugama.

Pada 1 Januari 1984, Jabatan Hal Ehwal Ugama serta bahagian-bahagian di bawahnya termasuk Bahagian Pentadbiran diletakkan di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 21 Januari 1986, Jabatan Hal Ehwal Ugama dinaik taraf menjadi Kementerian Hal Ehwal Ugama, Sementara Bahagian Pentadbiran dinaik taraf menjadi sebuah Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ewhal Ugama.

Pada 28 April 1998, Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama berpindah ke bangunannya yang baru di Jalan Menteri Besar, Berakas.

PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN
Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Jabatan Pentadbiran adalah: 
1. Hal Ehwal Pengambilan dan Perjawatan
2. Hal Ehwal Kewangan
3. Perkhidmatan Personnel
4. Hal Ehwal Tatatertib
5. Pengurusan Perumahan
6. Pengurusan Prestasi
7. Penyelarasan Sistem GEMS
8. Pengurusan Informasi dan Data Maklumat
9. Pengurusan Persuratan dan Failing
10. Skim Latihan Jangka Panjang/Pendek Dalam dan Luar Negeri
11. Penyelidikan dan Perancangan Sumber Manusia (Perancangan Pelapis, Analisis Keperluan dan Audit Sumber Manusia
12. Peperiksaan Perkhidmatan Ugama Perkhidmatan Awam (PPUPA)
13. Perlaksanaan Program-Program Pembaharuaan Perkhidmatan Awam (KKC/ACPA/Anugerah Pekerja Perkhidmatan Awam/ISO/MPK/TPOR/Hari Pelanggan)
14. Acara Kebajikan, Keugamaan dan Sukan
15. Hal Ehwal Penghapusan dari Kira-Kira
PAUTAN BERKAITAN