Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengenalan

VISI

Bersama ke arah kehidupan cemerlang duniawi dan ukhrawi.


MISI

Memperkasa penghayatan berugama dan memartabatkan kerasmiannya berdasarkan hukum Syara', Perlembagaan, Undang-Undang dan Falsafah Negara Melayu Islam Beraja.


SEJARAH PENUBUHAN

Perkembangan perkhidmatan dalam bidang ugama adalah suatu faktor yang mempengaruhi sejarah Negara Brunei Darussalam dari masa ke semasa. Merista kembali walaupun secara ringkas kenangan perjalanan pentadbiran yang dicapai oleh negara ini dalam bidang ugama adalah sangat penting. Semenjak tahun 1959, Jabatan Hal Ehwal Ugama dibangun sebagai Institusi Ugama yang bertindak melindungi ugama Islam dan bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengannya di samping berperanan merancang, melaksana, menilai program dan aktiviti demi kepentingan agama Islam di negara ini.​​​


Sebelum Jabatan Hal Ehwal Ugama diasingkan dari tiga cawangan (selain Jabatan Adat Istiadat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat) pada 29 September 1959 tercatat beberapa lakaran sejarah seperti: ​


1948 
Hal Ehwal Ugama Islam Brunei ditadbir oleh sebuah badan yang dinamakan ‘Penasihat Ugama Islam’  (Mohammaden Religious Adviser). 

1954 
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan menubuhkan Majlis Mesyuarat Syariah, bagi memperkuat kedudukan ugama Islam dan ke arah usaha mengambil berat ke atas hal ehwal ugama Islam. Pada 1 Julai 1954, tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Ugama, Adat Istiadat dan Kebajikan. 
 
1955 
Ditubuhkan Majlis Ugama Islam Brunei.