Skip Ribbon Commands
Skip to main content

ProgramHalal

PROGRAM PENINGKATAN KESEDARAN MENGENAI HALAL

Bahagian Kawalan Makanan Halal, Jabatan Hal Ehwal Syariah mengadakan Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal yang diadakan setiap bulan. Program ini adalah bertujuan untuk;

  • Mendedahkan sedikit sebanyak asas dalam penyediaan makanan halal;
  • Perkongsian beberapa maklumat mengenai kehalalan, begitu juga aspek kebersihan dan keselamatan makanan/produk;
  • Mendedahkan sedikit sebanyak isu yang berkaitan mengenai halal;
  • Peserta boleh mempraktikkan ilmu daripada program ini untuk kegunaan peribadi iaitu dalam penyediaan makanan minuman keluarga dirumah dan sekaligus bertindak sebagai satu inisiatif untuk menjaga kesucian dan kehalalan sumber makanan dan produk selain makanan untuk seisi keluarga.

Dengan adanya Program ini, peserta-peserta akan dilengkapkan dengan:

  1. kesedaran untuk mengamalkan prinsip Halalan Toyyiban dalam tugas harian;
  2. pengamalan sikap dan nilai-nilai murni sebagai orang Islam;
  3. kepentingan kehalalan, kebersihan, keselamatan makanan dan seumpamanya;
  4. pilihan yang bijak dalam penggunaan bahan ramuan halal;
  5. pengetahuan asas penting dalam penyediaan makanan bermula dari mengenali binatang yang halal dimakan dan tidak halal dimakan serta memahami cara penyembelihan binatang yang betul menurut syara';
  6. pengenalan jenis-jenis najis menurut perspektif syara' dan mengetahui kaedah-kaedah penyucian najis.

 

Program ini adalah dibukakan kepada orang ramai dari setiap lapisan masyarakat termasuk dari peringkat sekolah rendah sehingga peringkat institut pengajian tinggi, pejabat-pejabat, agensi-agensi kerajaan mahu pun syarikat-syarikat swasta.

Untuk menyertai Program ini, orang ramai bolehlah mendaftar melalui pautan yang disediakan dalam iklan-iklan Program Peningkatan Kesedaran Mengenai Halal yang akan menyampaikan rang ramai kepada borang pendaftaran secara online. Iklan-iklan tersebut boleh didapati di media sosial Bahagian Kawalan Makanan Halal iaitu:

 

Facebook: Bahagian Kawalan Makanan Halal, JHES, KHEU

Instagram: @halal.bn

 

Orang ramai juga boleh membuat permohonan penyertaan melalui emel dengan menghantar nama, kad pengenalan dan tarikh yang diinginkan kepada emel rasmi BKMH iaitu bkmh@mora.gov.bn.