Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Pengumuman

Manage PermissionsManage Permissions

MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE-36 (KHAS UNTUK WANITA)

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيم

Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID–19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama meneruskan lagi acara Malam Munajat, dengan mempersilakan kaum wanita di negara ini untuk bersama-sama mempertingkatkan amalan dengan mengikuti Malam Munajat mala mini yang lazimnya diadakan pada setiap hari Sabtu (Malam Ahad) secara maya.

Sertailah Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama Khas Untuk Wanita secara maya (selepas menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib, sembahyang Sunat Taubat dan sembahyang Sunat Hajat bagi mendekatkan diri dan memohon keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, dengan bermunajat, beristighfar, membaca surah Yasin, berzikir, merafa’kan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terhindar dan terselamat dari segala bala bencana dan penyakit merbahaya khasnya wabak COVID-19 yang masih lagi melanda Negara Brunei Darussalam.

Acara Malam Munajat juga diserikan dengan Tazkirah.

Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (Khas Untuk Wanita) secara maya seterusnya akan diadakan pada petang ini iaitu hari Sabtu (Malam Ahad), 21 Syawal 1443H bersamaan 21 Mei 2022M bermula jam. 6.48 petang.

MALAM MUNAJAT ANJURAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA KALI KE-36 (KHAS UNTUK WANITA)

Attachments